Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Madrasah Aljunied Al-Islamiah (Jawi: مدرسة الجنيد الإسلامية) adalah institusi pengajian Islam swasta sepenuh masa di Singapura, salah satu daripada enam madrasah (sekolah) di Singapura. Madrasah Aljunied merupakan salah satu madrasah tertua yang masih ada di Singapura. Ia telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam rantau ini kerana mempunyai piawaian bahasa Arab dan keilmuan Islam yang tinggi. Madrasah Aljunied telah melahirkan ramai alumni yang terdiri daripada pemimpin agama Islam terkemuka di Singapura dan Asia Tenggara.

Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Diasaskan 1927 (1927)
Jantina Coeducational
(gender segregated)
Warna          Navy Blue, White
Sesi Single session
Laman sesawang www.aljunied.edu.sg
Pengasas Syed Abdul Rahman Aljunied
Moto العلم نور‎  
(Ilmu itu cahaya)
Jenis Swasta, madrasah